Friday, March 16, 2012

::Dosa Yang Tercatat Dalam Al-Quran::

Pengertian Dosa

Dosa secara sederhana boleh diertikan sebagai perbuatan yang melanggar hukum Tuhan ataupun Agama. Bagi sesiapa pun yang melanggar aturan Tuhan ini, maka dia akan mendapat hukuman daripada-Nya. Perbuatanyang tidak baik disebut tentunya tidak hanya berkaitan dengan peraturan hukum Allah, akan tetapi turut melibatkan peraturan umum, iaitu adat dan negara. Namun hanya pelanggaran terhadap kaedah umum itu jarang disebut dosa, tetapi lebih kerap disebut kesalahan. Misalnya :

  • Pencurian
  • Pemberontakan
  • pelanggaran lalu lintas
  • etc
"Dosa ialah sesuatu yang membuat hati nuranimu bergetar" - Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Terdapat pelbagai pengertian dosa yang diesbut dalam al-Quran. Setiap perkataan terkandung pengertian dosa². Terdapat 17 perkataan dosa yang disebut dalam al-Quran.

  1. az-Zambu, yang bererti sesuatu yang mengikuti sebuah perbuatan. Semua perbuatan salah akan diikuti oleh pembalasan di dunia atau akhirat. Perkataan ini disebut sebnyak 35 x dalam al-Quran.

  2. al-Ma'siyyatu, yang bererti pembangkangan atau melanggar dan keluar daripada perintah² Allah s.w.t. Sesuatu ungkapan tentang perbuatan manusia yang melanggar batas-batas kehambaan. Perkataan ini disebut 33 x dalam al-Quran.

  3. al-Ithmu, ketidakberdayaan, kelemahan, perpecahan dan keterhalangan daripada pahala. Hal ini menunjukkan bahawa perlakunya mempunyai peribadi yang lemah dan terhalang daripada pahala dan tidak layak menganggap dirinya pandai. Perkataan ini disebut sebanyak 48 x dalam al-Quran.

  4. as-Sayyi'atu, perbuatan buruk yang mengharuskan pelakunya jatuh kedalam kehinaan. Lawan daripada kata tersebut ialah al-hasanah (perbuatan baik), yakni kebahagiaan dan keberuntungan. Disebut sebanyak 165 x dalam al-Quran.

  5. al-Jurmu, ertinya buah yang terlepas jauh daripda pohonnya. Dengan kata lain, pelaku dosa akan terlepas daripada asalnya. Manusia yang melakukan perbuatan ini akan menjauhkan dirinya daripada asal yang hakiki, kebahagian, kesempurnaan dan tujuan. Kata ini disebut sebanyak 61 x dalam al-Quran.

  6. al-Haraamu, larangan dan penghalang. Pakaian ihram yang dipakai oleh manusia dalam ibadah haji dan umrah menghalanginya untuk melakukan beberapa perbuatan. Misalnya bulan Haram iaitu bulan yang dilarang melakukan peperangan. Seterusnya Masjidil Haram, bererti terlarang bagi orang-orang Musyrik unutuk memasukinya. Ini disebut sebanyak 75 x dalam al-Quran.

  7. al-Khatiatu, umumnya perkataan ini bererti dosa yang tidak disengajakan. namun begitu, ada kalanya perkataan ini membawa pegertian dosa besar. perkataan ini didapati dalam al-Quran.

    "(Bukan demikian) yang benar, sesiapa yang melakukan kejahatan dan dia telah diliputi oleh dosa kesalahannya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Surah al-Baqarah:81)

    "Tidak ada yang memakannya kecuali orang yang berdosa." (Surah al-Haqqah:37).

    Hal ini menunjukkan bahawa perbuatan ini akan memutuskan pelakunya daripada jalan keselamatan serta menghalang cahaya Ilahi masuk ke dalam hatinya. Perkataan ini disebutsebanyak 22 x dalam al-Quran.

  8. al-Fisqu, keluarnya biji kurma daripada kulitnya. Ini menunjukkan orang yang berbuat dosa beerti telah keluar daripada jalan ketaatan serta keluar pula daripada gelaran sebagai hamba Allah s.w.t. sehingga orang yang berkaitan menjadi tercela serta tidak mendapat perlindungan dan penjagaan dari Allah s.w.t. Perkataan ini disebut dalam al-Quran sebanyak 53 x.

  9. al-Fasaadu, beerti keluar daripada batas keseimbangan yakni mensia-siakan potensi serta tidak memanfaatkan dengan sebaiknya. Diulang sebanyak 50 x didalam al-Quran.

  10. al-Fujuuru, eritnya merobek tirai sifat malu, pendengaran dan agama akibatnya terbuka aibnya. Disebut sebanyak 6 x dalam al-Quran.

  11. al-Munkaru, ertinya ingkar: perbuatan selain makruf. Oleh itu, dosa ialah perbuatan yang bertentangan dengan fitrah dan akal sihat. Bahkan dosa ialah keburukkan yang asing. Disebut dalam al-Quran sebanyak 16 x. Perkatan ini paling banyak digunakan untuk nahi mungkar.

  12. al-Faahisyatu, ertinya ucapan dan perbuatan yang benar² buruk. Dalam al-Quran, perkataan ini disebut sebanyak 24 x.

  13. al-Khabtu, beerti tidak adil dan tidak seimbang dalam berdiri dan duduk. Hal ini menunjukkan bahawa pendosa tidak seimbang dalam segala geraknya sehingga dia terlempar jatuh ke tempat yang rendah dan hina.

  14. asy-Syarru, ertinya segala keburukkan(impak) yang tidak disukai manusia. Lawannya ialah al-Khairu, iaitu kebaikkan yang disukai manusia. Hal ini menunjukkan bahawa pendosa bertitik tolak dengan fitrah manusia. Perkataan ini umumnya digunakan untuk menunjukkan akibat buruk dai bala dan kadang² pula digunakan untuk menunjukkan perbuatan dosa seperti:

    "Dan barang siapa melakukan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)." (Surah al-Zalzalah:8)

  15. al-Lamamu, ertinya mendekati dosa atau sesuatu yang sedikit. Perkataan ini digunakan untuk dosa-dosa kecil. Ia hanya disebut sekali dalam al-Quran, iaitu:

    "(Iaitu) mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji selain daripada kesalahan-kesalahan yang kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari tanah dan semasa kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menggangap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa." (Surah al-Najm:32)

  16. al-Wizru wal-Thiqalu, kadang-kadang kata al-Wazir beerti al-Thiqal iaitu memikul dosa orang lain. Salah satu kata yang serumpun dengan kata al-ru ialah waazir, yang beerti seorang menteri yang menanggung beban pemerintahan yang berat. Pelaku dosa merupakan orang yang lalai bahawa dia akan memikul beban yang berat di bahunya. Perkataan ini disebut sebanyak 26 x. Adakalanya juga kata al-Tsiqal bermakna dosa, iaitu:

    "Dan mereka benar-benar akan memikul dosa-dosa mereka sendiri dan dosa-dosa yang lain bersama dosa mereka dan pada hari kiamat, mereka pasti akan ditanya tentang pembohongan yang selalu mereka ada-adakan." (Surah al-Ankabut:13)

  17. al-Hinthu, ertinya cenderung kepada kebatilan dan menyimpang daripada kebenaran. Umumnya perkataan ini digunakan untuk dosa-dosa akibat daripada tidak memenuhi janji. Perkataan ini disebut sebanyak 2 x dalam al-Quran.
Itulah beberapa perkataan yang berkaitan dengan dosa yang terdapat dalam al-Quran. Jadi, anda boleh mengertikan dosa sebagai bentuk perbuatan yang melanggar dan menentang hukum Allah s.w.t. yang telah ditetapkan. Apabila anda melakukan dosa maka Allah s.w.t. akan memberikan hukuman di dunia mahupun di akhirat. Oleh yang demikian sekiranya anda melakukan dosa, cepat-cepatlah untuk bertaubat kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Amin

Credit to Horriyah, Diva Press